Thursday, 4 February 2021

Demam Bawang Putih!

 Assalamualaikum semua..

 Hari ini saya hendak menceritakan tentang demam bawang putih di rumah saya

-Garlic dalam guni

Garlic fever ni bermula dengan Tok Mak saya yang mendapat berita berkenaan jualan borong bawang putih di kawasan rumah beliau. Kemudian, Tok Mak bertanyakan ibu dan ayah samada perlukan bawang putih. Dengan segeranya ibu dan ayah setuju dan meminta Tok Mak untuk membelikan 10 guni bawang putih.

Keesokan harinya, ayah dan ibu pergi ke rumah Tok Mak dan mengambil bawang putih tersebut. Ayah dan ibu mempunyai sebuah restoran bernama Lepaq Place. Maka bawang putih amat diperlukan sebagai salah satu bahan utama dalam masakan lauk pauk Melayu di kedai.

Sekarang saya mahu ceritakan perihal bawang putih ini di rumah saya. Sebaik saja sampai ke rumah, ayah mengarahkan abang dan saya untuk menyiapkan tempat untuk mengupas bawang putih… Seguni bawang putih ini adalah lebih kurang 5.8 kilo! Maka bermulalah episod kami mula pedih mata dan menangis…huhuhu… bukan saya je, sampai satu rumah pedih mata termasuk ayah dan ibu… baunya memang sangat kuat sehingga keseluruh pelusuk rumah tetapi… baunya memang sedapp…

Sekarang saya akan memberitahu cara-cara untuk buat Garlic Cili Oil! Pertama, kisar kering bawang putih dengan menggunakan kisar tangan. Kedua, kisar pula cili kering tapi hati-hati sebab cili kering banyak bijinya, seeloknya cili kering ni perlulah digunting dan bijinya di asingkan. Ketiga, campurkan cili dan bawang putih yang telah dikisar tadi ke dalam satu bekas seeloknya bekas kaca. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalam bekas tersebut sehingga bahan-bahan yang dicampurkan tenggelam dan tambah sedikit garam untuk perisa dan adukkan sehingga sebati. Akhirnya, Garlic Cili Oil ini bolelah disimpan di dalam peti sejuk atau gobok supaya ia boleh bertahan lebih lama. Garlic Cili oil ini bolehlah digunakan untuk menumis sayur, memasak nasi goreng, bahan tumis untuk spaghetti aglia olio dan lain-lain lagi lah.


- macam nilah rupa garlic oil yang telah siap

Selain daripa itu, kalau rajin lagi bolehlah hiris dan buat bawang goreng. Bawang goreng boleh diratah semasa tengok TV atau ditabur diatas lauk pauk… Ibu saya sampai terpaksa meminjam “slicer” atau penghiris bawang putih daripada jiran tingkat atas kerana ibu tak larat untuk hiris semua bawang putih dengan pisau…

Bawang putih ini sebenarnya banyak khasiat dia contohnya ialah menurunkan kolesterol dan mencegah kanser…

 Pada pendapat saya, bawang putih ini tidak sedap walaupun berkhasiat. Mungkin apabila besar nanti bolehlah saya enjoy makan bawang putih ini…