Tuesday 21 September 2021

Pendakian di Bukit Dinding bersama keluarga dan Tok Abah dan Tok Mak

Assalamualaikum semua,
Hari ini saya hendak menceritakan pengalaman pendakian di Bukit Dinding, AU 3 Keramat...


Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga saya pergi melawat kelahiran bayi yang juga merupakan sepupu ke-lapanbelas keluarga Tok Abah saya. Semasa melawat kelahiran bayi Muhammad kami membawa buah tangan yang merupakan sekotak donat dan brownies yang Ibu beli dari jiran kami bernama Auntie Atiqah Yusof. Selepas makan malam, kami pun bertolak ke rumah Tok Mak saya yang berdekatan dan bermalam disana.



Keesokannya, selepas subuh kami pun bersiap-siap untuk mendaki Bukit Dinding.Selepas mandi kami bersarapan biskut dan teh panas dahulu. Selepas itu, kami sekeluarga bersama Tok Abah dan Tok Mak tiba di kaki bukit lebih kurang pukul 8.00 pagi. Suasana disitu sangat nyaman dan hijau. Terdapat sebuah kafe kecil dan gerai menjual air buah kelapa tetapi malangnya kedua-dua kedai tersebut tutup pada hari itu.



Selepas memanaskan badan, kami memulakan pendakian dari kaki Bukit Dinding. Tok Mak saya pula sudah semangat hendak mendaki dengan kasut suka dan tongkat. Malangnya selang beberapa saat Tok Mak saya pula tergelincir sedikit sewaktu mendaki cerun yang curam. Selepas itu, Ibu mengambil keputusan bahawa situasi agak bahaya untuk Tok Mak maka dengan sedihnya Tok Mak terpaksa patah balik dan tunggu di kereta.



Sementara kami menghantar Tok Mak ke bawah. Ayah, Tok Abah dan Abang Darwish memulakan pendakian dahulu. Tok Abah saya seorang yang fit, dia mendaki bukit ini setiap minggu. Dia dapat mendaki dengan cepat mengalahkan kami semua. Sementara itu Saya, Abang Daiyan dan Ibu memulakan pendakian kami.

Saya agak terkejut dengan bukit ini, mula-mula mendaki lagi bukit sudah amat curam. Kaki saya menjerit-jerit lenguh sebab sepanjang MCO saya tiada bersenam. Saya dan abang ada juga beberapa kali memberitahu Ibu untuk berhenti berehat. Selepas mengambil nafas kamu pun meneruskan pendakian.

Bukit ini tingginya ialah 291 meter. Kami mengambil masa 47 minit untuk sampai ke puncak. Di puncak bukit kami bertemu dengah Tok Abah yang sudah sampai lebih awal dan kami semua mengambil beberapa gambar kengangan.

Ringkasnya, keseluruhan jarak pendakian hingga turun semula ialah lebih kurang 5 km, dengan jumlah masa keseluruhan 1 jam dan 40 minit. Inilah kali pertama saya mendaki selepas MCO setahun dan ianya merupakan pengalaman indah cuti sekolah saya.

Thursday 4 February 2021

Demam Bawang Putih!

 Assalamualaikum semua..

 Hari ini saya hendak menceritakan tentang demam bawang putih di rumah saya

-Garlic dalam guni

Garlic fever ni bermula dengan Tok Mak saya yang mendapat berita berkenaan jualan borong bawang putih di kawasan rumah beliau. Kemudian, Tok Mak bertanyakan ibu dan ayah samada perlukan bawang putih. Dengan segeranya ibu dan ayah setuju dan meminta Tok Mak untuk membelikan 10 guni bawang putih.

Keesokan harinya, ayah dan ibu pergi ke rumah Tok Mak dan mengambil bawang putih tersebut. Ayah dan ibu mempunyai sebuah restoran bernama Lepaq Place. Maka bawang putih amat diperlukan sebagai salah satu bahan utama dalam masakan lauk pauk Melayu di kedai.

Sekarang saya mahu ceritakan perihal bawang putih ini di rumah saya. Sebaik saja sampai ke rumah, ayah mengarahkan abang dan saya untuk menyiapkan tempat untuk mengupas bawang putih… Seguni bawang putih ini adalah lebih kurang 5.8 kilo! Maka bermulalah episod kami mula pedih mata dan menangis…huhuhu… bukan saya je, sampai satu rumah pedih mata termasuk ayah dan ibu… baunya memang sangat kuat sehingga keseluruh pelusuk rumah tetapi… baunya memang sedapp…

Sekarang saya akan memberitahu cara-cara untuk buat Garlic Cili Oil! Pertama, kisar kering bawang putih dengan menggunakan kisar tangan. Kedua, kisar pula cili kering tapi hati-hati sebab cili kering banyak bijinya, seeloknya cili kering ni perlulah digunting dan bijinya di asingkan. Ketiga, campurkan cili dan bawang putih yang telah dikisar tadi ke dalam satu bekas seeloknya bekas kaca. Kemudian, tuangkan minyak masak ke dalam bekas tersebut sehingga bahan-bahan yang dicampurkan tenggelam dan tambah sedikit garam untuk perisa dan adukkan sehingga sebati. Akhirnya, Garlic Cili Oil ini bolelah disimpan di dalam peti sejuk atau gobok supaya ia boleh bertahan lebih lama. Garlic Cili oil ini bolehlah digunakan untuk menumis sayur, memasak nasi goreng, bahan tumis untuk spaghetti aglia olio dan lain-lain lagi lah.


- macam nilah rupa garlic oil yang telah siap

Selain daripa itu, kalau rajin lagi bolehlah hiris dan buat bawang goreng. Bawang goreng boleh diratah semasa tengok TV atau ditabur diatas lauk pauk… Ibu saya sampai terpaksa meminjam “slicer” atau penghiris bawang putih daripada jiran tingkat atas kerana ibu tak larat untuk hiris semua bawang putih dengan pisau…

Bawang putih ini sebenarnya banyak khasiat dia contohnya ialah menurunkan kolesterol dan mencegah kanser…

 Pada pendapat saya, bawang putih ini tidak sedap walaupun berkhasiat. Mungkin apabila besar nanti bolehlah saya enjoy makan bawang putih ini…

Thursday 21 January 2021

Pengalaman Menduduki Ujian MRSM

Assalamualaikum semua, hari ini saya akan ceritakan pengalaman saya menduduki ujian UKKM untuk kemasukan ke MRSM tahun 2021.

Saya pergi hanya bersama ibu saya saja sebab PKP di Selangor. Jadi kami berdua bertolak sehari sebelumnya untuk mengelakkan sebarang risiko rentas negeri walaupun ada Surat Kebenaran Khas dari MARA. 

Kami bertolak pada pukul 10pagi hari Jumaat. Alhamdulillah cuma ada satu saja roadblock. Pihak polis pun profesional, mereka tengok surat dan terus benarkan kami pergi. 

Perjalanan mengikut high-way NKVE amat pelik.. heheh.. kerana mengikut kata ibu, high way ke utara ni selalunya tak pernah sunyi.. tapi pada hari tersebut, jalan sangat lengang.. tiada kereta.. kalau nak berhenti selfie tengah jalan pun rasanya selamat.. heheheh

Semasa tiba di Slim River, Perak, kami pun exit tol dan masuk menuju ke bandar. Ibu teruskan perjalanan untuk meninjau dulu tempat pusat ujian iaitu MRSM Trolak. Daripada tol, dalam 10 minit perjalanan, kami pun tiba di MRSM Trolak. 

MRSM ni pada saya, sangat besar, cantik dan terletak di atas bukit. Sekeliling kawasan MRSM dipenuhi dengan kebun kelapa sawit. Selepas mengambil beberapa keping selfie sebagai kenangan kami pun bergerak ke bandar untuk mencari penginapan... Setibanya di pekan Slim River terpampang sebuah hotel yang agak besar iaitu The Summit Signature Slim River. Tanpa berlengah ibu terus mencari parking dan masuk untuk bertanyakan harga penginapan satu malam. 

Selepas selesai urusan kami pergi cari makan tengahari di sekitar bandar. Wah besar juga bandar ni...
Ada kedai eco 2 ringgit, MR DIY, Secret Recepi, Tealive, Watson, 2ply, Econsave dan banyak lagi kedai-kedai makan... 

Kami berhenti menjamu selera lauk ikan bakar. Makan dua orang dalam 11 ringgit. Selepas itu saya ajak ibu pergi "melawat kawasan" kedai dua ringgit.. hehe.. Wah amazinglah kedai ni banyak jugak saya belanja. 

Itulah cerita hari pertama saya.

Keesokannya kami besarapan di kedai mamak sebelum menuju ke MRSM Trolak. Ibu hayna dapa menghantar saya sehinnga ke dewan sahaja dan terus pergi kerana tidak boleh menunngu. Oleh kerana
PKPB di Perak, ibu bapa tidak dibenarkan masuk. 

Bermulalah perjalanan saya di MRSM. Kami diminta untuk mengeluarkan kad pengenalan diri dan beri kepada cikgu untuk proses pendaftaran. Selepas itu kami diminta berkumpul untuk ucapan alu-aluan selama 3 minit. Selepas ucapan murid-murid semua pergi ke Bilik Komputer.

Ujian pertama ialah Bahasa Inggeris, pada pendapat saya ujian ini tidaklah susah sangat, hanya ada 15 soalan sahaja. Selepas ujian Bahasa Inggeris ialah ujian Matematik. Ujian Matematik memang susah tetapi nasib baik saya dapat jawab. 

Selepas ujian Matematik kami menjalani ujian Sains pula. Ujian Sains tidaklah susah macam ujian matematik. Selepas itu kami menjalani ujian Keperibadian yang  mempunyai 100 soalan. Hah ujian ini agak unik sebab soalannya semua kita jawab dengan pendapat sendiri.

Selepas ujian Keperibadian kami ada rehat selama 15 minit. Guess what...! Terjumpa kawan lama darjah 1 semasa bersekolah di IISSA Shah Alam. Kawan saya ni namanya Ameer Mudrique, dulu dalam kelas Ibn Haytam kami memang kawan baik. Dapatlah kami bersembang sekejap. 

Lebih kurang pukul 2 petang bermulalah ujian Ulul Albab. Sebenarnya kami diminta hafal Surah Al-Insan tetapi saya dah terhafal surah Al-Mulk. Nasib baik cikgu terima jugaklah hafalan Al-Mulk saya tu. Ujian tamat dalam setengah jam selepas itu... Alhamdulillah selesai semuanya, Lebih kurang pukul 3.30 petang kami pun bertolak pulang ke Shah Alam. 

Di sini saya mahu beritahu bawa keseluruhan pengalaman ini amat menarik dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru saya di IISSA kerana telah menjadikan saya seorang yang konfiden, boleh public speaking, dan yang paling penting boleh menghafal surah surah dalam Al Qur'an.

Semoga Allah s.w.t merahmati semua guru-guru saya di IISSA.. Amiin







Tuesday 1 September 2020

CIRI - CIRI INDIVIDU MUSLIM

CIRI - CIRI INDIVIDU MUSLIM


1. Aqidah Yang Sejahtera 

😎

2. Ibadah Yang Sohih 

📿

3. Akhlaq Yang Mantap 

MANTAP

4. Berpengetahuan luas 

🧠

5. Tubuh Badan Yang Sihat 

💪

6. Mujahadah Melawan Nafsu 

🥊👿

7. Berdikari 

👴 👵

8. Tersusun Urusan 

📚

9. Menapati Masa 

10.  Bermanfaat Untuk Orang Lain

👍


Wednesday 12 August 2020

Constellation : Aquila

 Aquila is a constellation in a form of an eagle. Aquila is the Latin and Roman languages for eagle. We can find Aquila close by to Cygnus, the swan. Aquila will show up on the summer mid-July in the evenings. Altair is another name for Aquila. Altair is eagle in Arabic.

Aquila is located in the northern sky, near the celestial equator. The  constellation's name means “the e… | Constellation tattoos, Constellations,  Constellation art 

Questions : 

1. Do you know how many types of constellations are also known as zodiac?

There are 13 types of constellations that are also known as zodiac

2. What is the difference between constellation and zodiac?

The differences between constellation and zodiac are that constellation is a group of stars that is seen to form a specific pattern in the sky; and zodiac are  the specific 12 constellations which pass by the sun once a year.


This video is credited to Delta Planetarium

Thank You