Thursday, 21 January 2021

Pengalaman Menduduki Ujian MRSM

Assalamualaikum semua, hari ini saya akan ceritakan pengalaman saya menduduki ujian UKKM untuk kemasukan ke MRSM tahun 2021.

Saya pergi hanya bersama ibu saya saja sebab PKP di Selangor. Jadi kami berdua bertolak sehari sebelumnya untuk mengelakkan sebarang risiko rentas negeri walaupun ada Surat Kebenaran Khas dari MARA. 

Kami bertolak pada pukul 10pagi hari Jumaat. Alhamdulillah cuma ada satu saja roadblock. Pihak polis pun profesional, mereka tengok surat dan terus benarkan kami pergi. 

Perjalanan mengikut high-way NKVE amat pelik.. heheh.. kerana mengikut kata ibu, high way ke utara ni selalunya tak pernah sunyi.. tapi pada hari tersebut, jalan sangat lengang.. tiada kereta.. kalau nak berhenti selfie tengah jalan pun rasanya selamat.. heheheh

Semasa tiba di Slim River, Perak, kami pun exit tol dan masuk menuju ke bandar. Ibu teruskan perjalanan untuk meninjau dulu tempat pusat ujian iaitu MRSM Trolak. Daripada tol, dalam 10 minit perjalanan, kami pun tiba di MRSM Trolak. 

MRSM ni pada saya, sangat besar, cantik dan terletak di atas bukit. Sekeliling kawasan MRSM dipenuhi dengan kebun kelapa sawit. Selepas mengambil beberapa keping selfie sebagai kenangan kami pun bergerak ke bandar untuk mencari penginapan... Setibanya di pekan Slim River terpampang sebuah hotel yang agak besar iaitu The Summit Signature Slim River. Tanpa berlengah ibu terus mencari parking dan masuk untuk bertanyakan harga penginapan satu malam. 

Selepas selesai urusan kami pergi cari makan tengahari di sekitar bandar. Wah besar juga bandar ni...
Ada kedai eco 2 ringgit, MR DIY, Secret Recepi, Tealive, Watson, 2ply, Econsave dan banyak lagi kedai-kedai makan... 

Kami berhenti menjamu selera lauk ikan bakar. Makan dua orang dalam 11 ringgit. Selepas itu saya ajak ibu pergi "melawat kawasan" kedai dua ringgit.. hehe.. Wah amazinglah kedai ni banyak jugak saya belanja. 

Itulah cerita hari pertama saya.

Keesokannya kami besarapan di kedai mamak sebelum menuju ke MRSM Trolak. Ibu hayna dapa menghantar saya sehinnga ke dewan sahaja dan terus pergi kerana tidak boleh menunngu. Oleh kerana
PKPB di Perak, ibu bapa tidak dibenarkan masuk. 

Bermulalah perjalanan saya di MRSM. Kami diminta untuk mengeluarkan kad pengenalan diri dan beri kepada cikgu untuk proses pendaftaran. Selepas itu kami diminta berkumpul untuk ucapan alu-aluan selama 3 minit. Selepas ucapan murid-murid semua pergi ke Bilik Komputer.

Ujian pertama ialah Bahasa Inggeris, pada pendapat saya ujian ini tidaklah susah sangat, hanya ada 15 soalan sahaja. Selepas ujian Bahasa Inggeris ialah ujian Matematik. Ujian Matematik memang susah tetapi nasib baik saya dapat jawab. 

Selepas ujian Matematik kami menjalani ujian Sains pula. Ujian Sains tidaklah susah macam ujian matematik. Selepas itu kami menjalani ujian Keperibadian yang  mempunyai 100 soalan. Hah ujian ini agak unik sebab soalannya semua kita jawab dengan pendapat sendiri.

Selepas ujian Keperibadian kami ada rehat selama 15 minit. Guess what...! Terjumpa kawan lama darjah 1 semasa bersekolah di IISSA Shah Alam. Kawan saya ni namanya Ameer Mudrique, dulu dalam kelas Ibn Haytam kami memang kawan baik. Dapatlah kami bersembang sekejap. 

Lebih kurang pukul 2 petang bermulalah ujian Ulul Albab. Sebenarnya kami diminta hafal Surah Al-Insan tetapi saya dah terhafal surah Al-Mulk. Nasib baik cikgu terima jugaklah hafalan Al-Mulk saya tu. Ujian tamat dalam setengah jam selepas itu... Alhamdulillah selesai semuanya, Lebih kurang pukul 3.30 petang kami pun bertolak pulang ke Shah Alam. 

Di sini saya mahu beritahu bawa keseluruhan pengalaman ini amat menarik dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru saya di IISSA kerana telah menjadikan saya seorang yang konfiden, boleh public speaking, dan yang paling penting boleh menghafal surah surah dalam Al Qur'an.

Semoga Allah s.w.t merahmati semua guru-guru saya di IISSA.. Amiin







1 comment: